Halaman pengakuan
Halaman pengakuan

Halaman pengakuan

Halaman pengakuan (atau lebih dikenali sebagai confession page) ialah halaman di laman web rangkaian sosial (seperti Facebook dll), atau halaman di dalam laman web yang biasanya digunakan di sekolah dan universiti untuk pelajar berkongsi pengakuan dan rahsia mereka tanpa mendedahkan identiti mereka kepada komuniti masing-masing. Pengakuan, sebuah kenyataan yang mengakui suatu fakta peribadi bahawa seseorang lebih suka untuk tidak dikongsi di bawah identiti sebenar mereka, dihantar kepada pentadbir halaman melalui perkhidmatan borang dalam talian seperti SurveyMonkey dan Borang Google atau portal penyerahan yang dibuat dengan alatan yang dibina khas untuk menerima mesej. [1] [2] Pentadbir kemudiannya akan membuat keputusan untuk menerbitkan pengakuan yang hendak disiarkan pada halaman.Halaman pengakuan bertindak sebagai medium untuk para pelajar meluahkan emosi, kepercayaan dan masalah mereka tanpa mendedahkan identiti mereka. Halaman pengakuan juga boleh menjadi papan mesej de facto di mana pelajar boleh meminta bantuan berkenaan suatu isu sama ada tentang hal kerja sekolah dan hal ehwal kebajikan. Halaman pengakuan menjadi sangat popular di kalangan bukan sahaja universiti tetapi juga di kalangan pelajar sekolah menengah. Sebagai contoh, Boulder High School di CO dan Swinburne University Sarawak di Malaysia mempunyai halaman pengakuan popular yang dibanjiri dengan siaran tentang cinta dan butiran perhubungan yang lain. [3] Pelajar berasa selesa untuk berkongsikan pemikiran dan padangan mereka pada halaman pengakuan kerana penerbitan pengakuan tersebut akan diterbitkan tanpa memberi identiti asal pengaku. Walau bagaimanapun, disebabkan pengakuan tiada nama, halaman kadangkala perlu disemak oleh pentadbirnya kerana sesetengah pengguna mungkin menuliskan mengenai isu topik sensitif yang mungkin berkaitan dengan orientasi bangsa, isu berunsur seksual, serta kandungan politik dan agama. [3]

Rujukan

WikiPedia: Halaman pengakuan http://www.cbc.ca/news/canada/thunder-bay/school-b... http://www.dailycamera.com/ci_22877547/confessions... http://www.huffingtonpost.com/2013/03/27/confessio... http://www.insidehighered.com/news/2013/02/26/coll... http://mashable.com/2013/03/19/facebook-confession... http://www.mercurynews.com/ci_22817076/students-te... http://missoulian.com/news/opinion/editorial/confe... http://www.thehindu.com/features/education/confess... http://www.centraltimes.org/features/2013/12/06/ce... http://tribune.com.pk/story/535191/social-stigma-b...